Monday, May 16, 2011

SAJAK UNTUK GURU

AKU YANG KINI BERGELAR GURU

Cikgu…
Suatu masa dulu…
Pada ketika usia baru memanjat 7 tahun...
Pada ketika aku baru kenal apa itu sekolah...
Aku pernah ditanya olehmu...
”Izwan... Apa cita-citamu..?”
Lalu jawab ku penuh yakin...
Arkitek... cikgu...
Engineer... cikgu..
Pilot... cikgu…
Tak pernah terlintas untukku menjadi apa yang ku jadi kini…

Cikgu…
Suatu masa dulu…
Pada ketika aku dalam darjah 3…
Aku ditanya lagi dengan soalan serupa....
”Izwan... nanti dah besar nak jadi apa...?
Jawab ku lagi dengan penuh azam...
Arkitek... cikgu...
Engineer... cikgu...
Pilot Jet Pejuang... cikgu...
Masih utuh serta kental semangatku untuk menggapai semua itu....

Cikgu...
Suatu ketika dulu...
Pada ketika aku kenal dunia sekolah menengah...
Aku ditanya lagi soalan tentang cita-cita..
“Izwan... Apa cita-cita kamu..?”
Jawab ku penuh iltizam...
Arkitek... cikgu...
Engineer.. cikgu...
Programmer... cikgu...
Sudah berubah sedikit haluan ku...
Kerana ku tahu batasan fizikalku yang sedikit rabun...

Cikgu...
Suatu ketika dulu...
Pada ketika aku mengakhiri zaman sekolah ku...
Aku bertanya pada diri sendiri...
“Izwan... apa yang kau nak jadi sebenarnya ni..?”
Aku jawab pertanyaan ku sendiri...
Aku boleh mahu jadi apa saja....
Asalkan aku ada kemahuan... ada keazaman...
Apa yang ku impikan tidak wujud dalam genggamanku kini...
Namun..
apa yang ada pada diriku kini...
Adalah lebih hebat daripada apa yang ku harapkan..

Kini...
Aku adalah orang yang sering bertanya soalan itu...
”Apa yang awak nak jadi bila besar nanti..?”
Akulah penyumbang kepada mereka yang dahagakan ilmu...
Akulah orangnya yang merintis lorong dan laluan kepada setiap insan yang bercita-cita dan ingin berjaya..
Akulah pendorong semangat di kala insan mula ketandusan kreativiti...
Akulah pengubat segala kekecewaan yang dirasai ketika kegagalan menerpa...
Akulah penasihat kepada yang memerlukan apabila mereka tenggelam punca...
Akulah orangnya yang sentiasa bersyukur dan terharu apabila melihat kesungguhan dan kecekalan...
Akulah orang yang bergembira bila insan bimbingannya mencipta kecemerlangan...


Kini...
Aku merasai apa yang kau rasai dulu... cikgu..
Aku lalui pengalaman yang pernah kau lalui dulu...
Aku fikir apa yang pernah kau fikirkan dulu...
Kerana aku kini seperti mu
walaupun aku tak pernah impikan untuk menjadi sepertimu dulu...

Kini ...
Akulah... orangnya... yang bergelar guru...


Nukilan,
Wanzprime 2011
13 Mei 2011

No comments: