Wednesday, January 19, 2011

PGSR RBT 2009-2013

hasil rekaan rakyat sebuah negara yang mempunyai bidang 
rekabentuk dan teknologi yang dibangunkan secara teratur


Bermulanya Disember 2009, aku memulakan hidup aku sebagai mahasiswa untuk Pengajian Rekabentuk dan Teknologi... suatu subjek yang memang tersasar jauh dari opsyen aku semasa di maktab dahulu... Pengajian Inggeris... Aku beralih arah kerana ingin menyambung pengajian ku semasa mengikuti Kursus Setahun Perguruan Khas Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Inst. Perguruan Perempuan Melayu Melaka pada 2007 dan ingin terus meneroka bidang yang memang menjai minat ku sejak kecil iaitu teknologi... Memang aku tak nafikan bahawa aku meminati seni persembaan tetapi minat terhadap teknologi sebenarnya lebih lama bertapak dalam diri ku... Sejak kecil lagi aku memang teruja bila berdiskusi tentang robotik dan teknologi angkasa... Aku pernah bercita-cita untuk menjadi juruterbang jet pejuang dwifungsi "Macross" yang mampu bertukar menjadi sebuah robot yang canggih dan berkuasa. Sejak dari itu aku menyimpan cita-cita untuk sekurang-kuragnya mampu menghasilkan animasi yang berkisarkan teknologi robotik dan peperangan yang berlandaskan suasana dan persekitaran Malaysia... Dengan meletakkan diri ini di dalam kursus Rekabentuk dan Teknologi ini aku mengandaikan bahawa aku akan lebih mendalami teknologi komputer dan multimedia yang boleh aku manipulasi untuk mencapai apa yang aku cita-citakan...
Namun semua itu ternyata meleset apabila aku mendapati terlalu sedikit aplikasi komputer yang diajar dalam kursus yang bernam Rekabentuk dan Teknologi ini... Apa yang lebih ditekankan adalah kerja-kerja kayu, kerja-kerja logam dan teknologi penanaman tanaman kontan dan hiasan... Aku keliru... Nama bidangnya, Rekabentuk dan Teknologi... tetapi teknologi abad ke 21 terlalu kurang diberi pendedahan... sedangkan negara kita menuju ke arah negara maju yang suatu ketika nanti bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi pencipta, pembangun dan penghasil teknologi...
Apakah kita kena tunggu beberapa tahun yang lebih panjang lagi baru kita hendak terapkan teknologi ICT di peringkat sekolah rendah sebagai matapelajaran penuh..? Di luar negara terutamanya di negara yang teknologi ICT maju, matapelajaran ICT telah diajarkan kepada murid seawal mereka di peringkat pra sekolah lagi... Apabila mereka memasuki tahap 1 persekolahan iaitu dari umur 7-9 tahun... mereka sudah mula didedahkan dengan aplikasi-aplikasi asas dalam MS Words, MS Powerpoint dan MS Excel... di tahap 2 pula tahap yang lebih tinggi dalam aplikasi di dalam perisian MS Office ini didedahkan... Apabila masuk ke peringkat menengah rendah @ junior high school... mereka mula didedahkan dengan multimedia, bahasa pengaturcaraan mudah dan pangkalan data... setelah melangkah masuk ke peringkat menengah tinggi @ high school.. mereka didedahkan pula dengan perisian yang lebih kompleks dan canggih yang mampu menarik minat pasaran pekerjaan apabila tamat persekolahan...
Sepatutnya pengajian Rekabentuk dan Teknologi ini memberi pendedahan yang lebih kepada ICT. Guru opsyen Rekabentuk dan teknologi juga sudah mampu mengajar subjek ini tidak kira di sekolah rendah atau menengah jika mereka diberi pendedahan yang secukupnya dalam bidang ICT semasa dalam pengajian mereka di peringkat universiti...
Nampak gayanya cita-citaku untuk menghasilkan animasi sepertimana yang aku impikan masih belum boleh direalisasikan lagi... Aku nampaknya terpaksa mengambil kursus lain di luar pengajian ku sekarang... Persoalannya... BILA...?

Saturday, January 15, 2011

Aktiviti sepanjang 2010



Salam...

Sepanjang 2010... banyak aktiviti yng saya jalankan lebih berkisar kepada aktiviti perniagaan... Seronok tetapi agak memenatkan terutama apabila setiap hari terpaksa bermula dengan mendirikan khemah di tapak dan menyusun barangan jualan sehinggalah mengemas barang setelah tutup kedai pada jam 1.00 pagi.. Penat tapi puas... puas apabila mendapat pengalaman yang berbeza daripada apa yang biasa saya buat di sebelah siang iaitu mengajar... Itulah saya... sentiasa mencari kelainan dalam hidup untuk mewarnai hidup saya sepanjang hari.. Berniaga bukanlah kepakaran saya... tapi ianya satu kesukaan dan suatu yang selalu saya ingin lakukan sejak saya mula berkecimpung dalam dunia mlm... dan tahun 2010 adalah tahun di mana saya menukar haluan perniagaan saya kepada berniaga pasar malam dan sepanjang bulan Ramadhan di bazaar Ramadhan di bandar Kluang...

Friday, January 14, 2011

Minta Pandangan Dan Idea Bernas





Saya mempunyai banyak gambar-gambar seperti yg dipaparkan tapi saya tak dapat menghasilkan apa-apa yang lebih daripada menjadikannya sebagai wallpaper laptop, background powerpoint dan banner... kalau boleh saya ingin memaksimumkan dan mempelbagaikan fungsi gambar-gambar yang saya ada agar ianya bukan sahaja setakat koleksi hobi malah juga sebagai koleksi sumber pendapatan... kepada kawan-kawan yang ada idea yang bernas... silalah berkongsi idea dan pengalaman...

Thursday, January 13, 2011

Salam...


setelah terlalu lama saya menyepikan diri dari laman blog yang saya wujudkan ini.. saya ingin pertama-tamanya mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua rakan-rakan yang mengenali saya di luar blog dan melaluiv blog erta facebook dan laman tagged.com...
insya-Allah.. selepas ini saya akan cuba seboleh mungkin untuk tidak terlalu lama meninggalkan laman blog saya ini daripada tidak di 'update' sepanjang tahun ini...
sehingga berjumpe lagi di post akan datang... Salam..