Thursday, February 2, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikum...



Pertama-tamanya ingin saya ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua kenalan dan rakan seperjuangan yang tahu akan kehadiran blog saya ini. Sebelum saya mencoretkan apa sahaja dengan lebih lanjut, izinkan saya memohon jutaan kemaafan sekiranya terdapat kesalahan dan kesilapan saya di masa-masa lalu.. Diharapkan kehadiran tahun 2012 ini akan dapat memberikan lebih banyak ruang untuk saya berceloteh dan berkarya di dalam blog ini sambil memperbaiki diri sendiri menjadi lebih baik dari semasa ke semasa.

Monday, May 16, 2011

SAJAK UNTUK GURU

AKU YANG KINI BERGELAR GURU

Cikgu…
Suatu masa dulu…
Pada ketika usia baru memanjat 7 tahun...
Pada ketika aku baru kenal apa itu sekolah...
Aku pernah ditanya olehmu...
”Izwan... Apa cita-citamu..?”
Lalu jawab ku penuh yakin...
Arkitek... cikgu...
Engineer... cikgu..
Pilot... cikgu…
Tak pernah terlintas untukku menjadi apa yang ku jadi kini…

Cikgu…
Suatu masa dulu…
Pada ketika aku dalam darjah 3…
Aku ditanya lagi dengan soalan serupa....
”Izwan... nanti dah besar nak jadi apa...?
Jawab ku lagi dengan penuh azam...
Arkitek... cikgu...
Engineer... cikgu...
Pilot Jet Pejuang... cikgu...
Masih utuh serta kental semangatku untuk menggapai semua itu....

Cikgu...
Suatu ketika dulu...
Pada ketika aku kenal dunia sekolah menengah...
Aku ditanya lagi soalan tentang cita-cita..
“Izwan... Apa cita-cita kamu..?”
Jawab ku penuh iltizam...
Arkitek... cikgu...
Engineer.. cikgu...
Programmer... cikgu...
Sudah berubah sedikit haluan ku...
Kerana ku tahu batasan fizikalku yang sedikit rabun...

Cikgu...
Suatu ketika dulu...
Pada ketika aku mengakhiri zaman sekolah ku...
Aku bertanya pada diri sendiri...
“Izwan... apa yang kau nak jadi sebenarnya ni..?”
Aku jawab pertanyaan ku sendiri...
Aku boleh mahu jadi apa saja....
Asalkan aku ada kemahuan... ada keazaman...
Apa yang ku impikan tidak wujud dalam genggamanku kini...
Namun..
apa yang ada pada diriku kini...
Adalah lebih hebat daripada apa yang ku harapkan..

Kini...
Aku adalah orang yang sering bertanya soalan itu...
”Apa yang awak nak jadi bila besar nanti..?”
Akulah penyumbang kepada mereka yang dahagakan ilmu...
Akulah orangnya yang merintis lorong dan laluan kepada setiap insan yang bercita-cita dan ingin berjaya..
Akulah pendorong semangat di kala insan mula ketandusan kreativiti...
Akulah pengubat segala kekecewaan yang dirasai ketika kegagalan menerpa...
Akulah penasihat kepada yang memerlukan apabila mereka tenggelam punca...
Akulah orangnya yang sentiasa bersyukur dan terharu apabila melihat kesungguhan dan kecekalan...
Akulah orang yang bergembira bila insan bimbingannya mencipta kecemerlangan...


Kini...
Aku merasai apa yang kau rasai dulu... cikgu..
Aku lalui pengalaman yang pernah kau lalui dulu...
Aku fikir apa yang pernah kau fikirkan dulu...
Kerana aku kini seperti mu
walaupun aku tak pernah impikan untuk menjadi sepertimu dulu...

Kini ...
Akulah... orangnya... yang bergelar guru...


Nukilan,
Wanzprime 2011
13 Mei 2011

Monday, March 14, 2011

wallpaper yang diedit mengikut kreativiti sendiri

Assalam..
kepada kawan-kawan yang mengikuti blog ini, silalah beri komen kepada wallpaper yang dipaparkan ini

Wednesday, January 19, 2011

PGSR RBT 2009-2013

hasil rekaan rakyat sebuah negara yang mempunyai bidang 
rekabentuk dan teknologi yang dibangunkan secara teratur


Bermulanya Disember 2009, aku memulakan hidup aku sebagai mahasiswa untuk Pengajian Rekabentuk dan Teknologi... suatu subjek yang memang tersasar jauh dari opsyen aku semasa di maktab dahulu... Pengajian Inggeris... Aku beralih arah kerana ingin menyambung pengajian ku semasa mengikuti Kursus Setahun Perguruan Khas Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Inst. Perguruan Perempuan Melayu Melaka pada 2007 dan ingin terus meneroka bidang yang memang menjai minat ku sejak kecil iaitu teknologi... Memang aku tak nafikan bahawa aku meminati seni persembaan tetapi minat terhadap teknologi sebenarnya lebih lama bertapak dalam diri ku... Sejak kecil lagi aku memang teruja bila berdiskusi tentang robotik dan teknologi angkasa... Aku pernah bercita-cita untuk menjadi juruterbang jet pejuang dwifungsi "Macross" yang mampu bertukar menjadi sebuah robot yang canggih dan berkuasa. Sejak dari itu aku menyimpan cita-cita untuk sekurang-kuragnya mampu menghasilkan animasi yang berkisarkan teknologi robotik dan peperangan yang berlandaskan suasana dan persekitaran Malaysia... Dengan meletakkan diri ini di dalam kursus Rekabentuk dan Teknologi ini aku mengandaikan bahawa aku akan lebih mendalami teknologi komputer dan multimedia yang boleh aku manipulasi untuk mencapai apa yang aku cita-citakan...
Namun semua itu ternyata meleset apabila aku mendapati terlalu sedikit aplikasi komputer yang diajar dalam kursus yang bernam Rekabentuk dan Teknologi ini... Apa yang lebih ditekankan adalah kerja-kerja kayu, kerja-kerja logam dan teknologi penanaman tanaman kontan dan hiasan... Aku keliru... Nama bidangnya, Rekabentuk dan Teknologi... tetapi teknologi abad ke 21 terlalu kurang diberi pendedahan... sedangkan negara kita menuju ke arah negara maju yang suatu ketika nanti bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi pencipta, pembangun dan penghasil teknologi...
Apakah kita kena tunggu beberapa tahun yang lebih panjang lagi baru kita hendak terapkan teknologi ICT di peringkat sekolah rendah sebagai matapelajaran penuh..? Di luar negara terutamanya di negara yang teknologi ICT maju, matapelajaran ICT telah diajarkan kepada murid seawal mereka di peringkat pra sekolah lagi... Apabila mereka memasuki tahap 1 persekolahan iaitu dari umur 7-9 tahun... mereka sudah mula didedahkan dengan aplikasi-aplikasi asas dalam MS Words, MS Powerpoint dan MS Excel... di tahap 2 pula tahap yang lebih tinggi dalam aplikasi di dalam perisian MS Office ini didedahkan... Apabila masuk ke peringkat menengah rendah @ junior high school... mereka mula didedahkan dengan multimedia, bahasa pengaturcaraan mudah dan pangkalan data... setelah melangkah masuk ke peringkat menengah tinggi @ high school.. mereka didedahkan pula dengan perisian yang lebih kompleks dan canggih yang mampu menarik minat pasaran pekerjaan apabila tamat persekolahan...
Sepatutnya pengajian Rekabentuk dan Teknologi ini memberi pendedahan yang lebih kepada ICT. Guru opsyen Rekabentuk dan teknologi juga sudah mampu mengajar subjek ini tidak kira di sekolah rendah atau menengah jika mereka diberi pendedahan yang secukupnya dalam bidang ICT semasa dalam pengajian mereka di peringkat universiti...
Nampak gayanya cita-citaku untuk menghasilkan animasi sepertimana yang aku impikan masih belum boleh direalisasikan lagi... Aku nampaknya terpaksa mengambil kursus lain di luar pengajian ku sekarang... Persoalannya... BILA...?

Saturday, January 15, 2011

Aktiviti sepanjang 2010



Salam...

Sepanjang 2010... banyak aktiviti yng saya jalankan lebih berkisar kepada aktiviti perniagaan... Seronok tetapi agak memenatkan terutama apabila setiap hari terpaksa bermula dengan mendirikan khemah di tapak dan menyusun barangan jualan sehinggalah mengemas barang setelah tutup kedai pada jam 1.00 pagi.. Penat tapi puas... puas apabila mendapat pengalaman yang berbeza daripada apa yang biasa saya buat di sebelah siang iaitu mengajar... Itulah saya... sentiasa mencari kelainan dalam hidup untuk mewarnai hidup saya sepanjang hari.. Berniaga bukanlah kepakaran saya... tapi ianya satu kesukaan dan suatu yang selalu saya ingin lakukan sejak saya mula berkecimpung dalam dunia mlm... dan tahun 2010 adalah tahun di mana saya menukar haluan perniagaan saya kepada berniaga pasar malam dan sepanjang bulan Ramadhan di bazaar Ramadhan di bandar Kluang...