Wednesday, January 19, 2011

PGSR RBT 2009-2013

hasil rekaan rakyat sebuah negara yang mempunyai bidang 
rekabentuk dan teknologi yang dibangunkan secara teratur


Bermulanya Disember 2009, aku memulakan hidup aku sebagai mahasiswa untuk Pengajian Rekabentuk dan Teknologi... suatu subjek yang memang tersasar jauh dari opsyen aku semasa di maktab dahulu... Pengajian Inggeris... Aku beralih arah kerana ingin menyambung pengajian ku semasa mengikuti Kursus Setahun Perguruan Khas Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Inst. Perguruan Perempuan Melayu Melaka pada 2007 dan ingin terus meneroka bidang yang memang menjai minat ku sejak kecil iaitu teknologi... Memang aku tak nafikan bahawa aku meminati seni persembaan tetapi minat terhadap teknologi sebenarnya lebih lama bertapak dalam diri ku... Sejak kecil lagi aku memang teruja bila berdiskusi tentang robotik dan teknologi angkasa... Aku pernah bercita-cita untuk menjadi juruterbang jet pejuang dwifungsi "Macross" yang mampu bertukar menjadi sebuah robot yang canggih dan berkuasa. Sejak dari itu aku menyimpan cita-cita untuk sekurang-kuragnya mampu menghasilkan animasi yang berkisarkan teknologi robotik dan peperangan yang berlandaskan suasana dan persekitaran Malaysia... Dengan meletakkan diri ini di dalam kursus Rekabentuk dan Teknologi ini aku mengandaikan bahawa aku akan lebih mendalami teknologi komputer dan multimedia yang boleh aku manipulasi untuk mencapai apa yang aku cita-citakan...
Namun semua itu ternyata meleset apabila aku mendapati terlalu sedikit aplikasi komputer yang diajar dalam kursus yang bernam Rekabentuk dan Teknologi ini... Apa yang lebih ditekankan adalah kerja-kerja kayu, kerja-kerja logam dan teknologi penanaman tanaman kontan dan hiasan... Aku keliru... Nama bidangnya, Rekabentuk dan Teknologi... tetapi teknologi abad ke 21 terlalu kurang diberi pendedahan... sedangkan negara kita menuju ke arah negara maju yang suatu ketika nanti bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi pencipta, pembangun dan penghasil teknologi...
Apakah kita kena tunggu beberapa tahun yang lebih panjang lagi baru kita hendak terapkan teknologi ICT di peringkat sekolah rendah sebagai matapelajaran penuh..? Di luar negara terutamanya di negara yang teknologi ICT maju, matapelajaran ICT telah diajarkan kepada murid seawal mereka di peringkat pra sekolah lagi... Apabila mereka memasuki tahap 1 persekolahan iaitu dari umur 7-9 tahun... mereka sudah mula didedahkan dengan aplikasi-aplikasi asas dalam MS Words, MS Powerpoint dan MS Excel... di tahap 2 pula tahap yang lebih tinggi dalam aplikasi di dalam perisian MS Office ini didedahkan... Apabila masuk ke peringkat menengah rendah @ junior high school... mereka mula didedahkan dengan multimedia, bahasa pengaturcaraan mudah dan pangkalan data... setelah melangkah masuk ke peringkat menengah tinggi @ high school.. mereka didedahkan pula dengan perisian yang lebih kompleks dan canggih yang mampu menarik minat pasaran pekerjaan apabila tamat persekolahan...
Sepatutnya pengajian Rekabentuk dan Teknologi ini memberi pendedahan yang lebih kepada ICT. Guru opsyen Rekabentuk dan teknologi juga sudah mampu mengajar subjek ini tidak kira di sekolah rendah atau menengah jika mereka diberi pendedahan yang secukupnya dalam bidang ICT semasa dalam pengajian mereka di peringkat universiti...
Nampak gayanya cita-citaku untuk menghasilkan animasi sepertimana yang aku impikan masih belum boleh direalisasikan lagi... Aku nampaknya terpaksa mengambil kursus lain di luar pengajian ku sekarang... Persoalannya... BILA...?

No comments: