Tuesday, November 18, 2008

Dilema Penerapan Aspek Kesenian Dalam P & P dan Pendidkan Seni & Muzik Di Sekolah

Salam....


Saban hari berada di sekolah sepanjang 13 tahun berkecimpung dalam alam perguruan tidak dapat tidak membawa perhatian saya untuk menilai erti kesenian dalam pembelajaran dan pengajaran matapelajaran teras dan matapelajaran berdasarkan kesenian di sekolah. Jelas kelihatan bahawa aspek seni dalam pengajaran di dalam kelas mula terpinggir ejak kebelakangan ini. Malah subjek yang berbentuk kesenian semakin dilupakan kepentingannya dan dnafikan betapa seni masih begitu relevan untuk diajarkan kepada murid agar dia tahu erti keindahan dan erti fleksibiliti dalam menjalankan kehidupan.




Pernah diberitahu bahawa seni sebenarnya satu unsur yang menyeimbangkan manusia dari aspek mental, rohani dan jasmani. Namun apa yang terlihat kini, seni semakin hilang peranannya di sekolah. Subjek muzik sudah mula kurang diajarkan kepada murid. Kalau ada pun sekadar melepaskan batuk di tangga. Pendidikan Seni Visual pula sudah semakin pupus. Tidak ada lagi melukis sebaliknya hanya mewarna sahaja. Pertandingan yang berunsur kesenian juga tidak lagi popular. Tidak ada lagi pertandingan drama, mendeklamasi sajak, choral speaking, koir dan genderang seperti suatu ketika dahulu. Semuanya kerana banyak pihak terlalu menumpukan perhatian kepada peperiksaan UPSR. Bukankah kita dalam usaha untuk membina modal insan yang seimbang? Mengapa aspek kesenian dalam proses pengajaran dan pembelajaran seolah-olah diketepikan? Untuk apa adanya guru yang sememangnya dilatih dan memegang opsyen pendidikan seni dan muzik?



Sesungguhnya tidak ada yang tidak penting dalam hiduip ini. Segala-galanya yang ada di sekeliling kita mempunyai peranan tersendiri termasuklah peranan aspek kesenian dalam membentuk generasi cemerlang dan gemilang. Bukan untuk menuding jari kepada sesiapa tetapi sekadar menyatakan pendapat untuk renungan bersama. Umpama kata pelawak yang bergelar Raja Lawak ASTRO "lu fikirlah sendiri".

1 comment:

azlanlin said...

Menarik.. sangat kritis..

Tetapi lebih menarik jika dipamerkan kreativiti sendiri agar ianya sebagai katalis utnuk pembaca!