Saturday, December 6, 2008

Perniagaan dan Seni: Aspek yang saling memerlukan..?

Hiasan sahaja. Namun fikirkanlah bagaimana penjual kereta ini
boleh jual kereta ni kalau seni komunikasi tak berkesan?

Salam....

Hari ini aku tak mahu berbicara secara direct tentang seni. Bukan nak lari daripada topik kebiasaan dalam blog ni tapi cuma ingin memberikan sedikit variasi kepadanya. Namun ianya masih boleh dikaitkan dengan dunia kesenian yang sudah tersedia ada.

Topik kali ini berkisarkan dunia perniagaan. Dunia perniagaan adalah dunia yang dunia yang bukan asing bagi aku.Bagi aku perniagaan adalah salah satu cabang pekerjaan yang aku suka. Aku dah terlibat dalam banyak perniagaan dan semuanya adalah MLM. Namun semuanya tak menjadi. Sungguhpun begitu aku tak pernah kecewa sebab aku tahu aku gagal bukan sebab MLM tu yang tak bagus tapi aku yang tak cukup ilmu dan tak cukup keyakinan diri. Pada masa tu aku tak tahu macam mana nak cari ilmu berniaga sebab tak ada siapa yang ajar atau nak ajar pasal camne nak berniaga. Pastu motivasi nak berniaga pulak selalu je down dek penangan bakal downline yang sentiasa hentam rapat aku ni sampai tak boleh nak bernafas.Aku pada masa tu dah tak tau nak buat apa dah. Aku nak berhenti buat business tu, aku tak sanggup sebab aku dah labur banyak modal. Aku juga tak mahu dianggap hangat-hangat tahi ayam kalau berhenti separuh jalan tapi akhirnya aku terpaksa lepaskan juga business aku tu sebab langsung tak membawa hasil. Kecewa juga pada awalnya tapi aku sedar bahawa semua tu belum lagi jadi rezeki aku. Aku redha tapi semua tu tak membataskan minat aku untuk terus mencari peluang berniaga secara sambilan ni kerana minat aku yang boleh dikatakan agak dalam jugak dalam dunia perniagaan.

Dalam pencarian tanpa henti tu, aku terjumpa perniagaan yang aku cukup teruja nak buat sebab ia berteraskan IT dan aku boleh mempromosikan barangan aku sendiri yang berunsurkan seni. Semua ni muncul setelah aku baca e-mail daripada saudara kita jutawan muda Irfan Khairi. Aku mula bersemangat kembali untuk menceburi bidang perniagaan ni. Aku pun mula berkira-kira untuk menghasilkan website aku sendiri dan menghasilkan produk t-shirt berdesign sendiri. Dalam aku melayan perasaan seronok aku ni, tiba-tiba ada seorang kawan aku muncul dengan satu perniagaan yang berjaya menambat hati aku untuk aku turut serta. Pada awalnya aku gugup dan sangsi tapi memandangkan sistem dan kaedah ia dilaksanakan membuatkan aku yakin aku boleh berjaya. Walaupun pada awalnya nampak begitu sukar tapi terima kasih kepada sahabat aku dan sahabat-sahabat baru aku dalam business ni yang tak jemu bagi bantuan dan motivasi kepada aku. Mereka yakin aku boleh sedangkan mereka baru je kenal aku sebab mereka pn macam aku juga pada awalnya, back to zero bila mulakan business ni walaupun ada yang dah berbelas tahun berniaga.

Apa yang aku belajar daripada member-member aku yang dah berjaya dalam business ni ialah pernigaan juga perlu menyelitkan unsur kesenian untuk kita berjaya. Unsur kesenian yang ketara ialah seni komunikasi. Seni yang memerlukan imaginasi yang tinggi untuk meyakinkan bakal rakan kongsi agar menyertai kita menjalankan business ni. Dalam business ni seni komunikasi amat penting supaya apa sahaja yang kita perkatakan untuk promo business ni meyakinkan dan mampu menarik minat sesiapa sahaja. Pengucapan kata-kata mesti bersahaja dan ada nilai komersial yang mampu "menjual" business kita. Bukan mudah untuk berkomunikasi dengan orang lebih-lebih lagi kalau topik perbincangan berkisar kepada bagamana nak berniaga. Ia memerlukan ketajaman mental dan kekuatan motivasi diri yang ampuh agar apa yang kita ampai kan mampu menarik minat bakal rakan niaga dan seterusnya bersetuju untuk menyertai kita ber"business" bersama. Aku rasa cukup setakat ini saja dulu aku bercerita tentang dunia pernigaan yang aku ceburi ni.

Apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita, seni memainkan peranan yang agak penting. Seni bukan setakat menghibur sahaja malah lebih dari itu. Dalam proses kita mendekatkan diri pada Yang Maha Esa sekali pun seni sebenarnya ada tempatnya yang tersendiri. Cuma kita yang jahil ini sahaja yang tidak nampak dan ada juga yang arif cuba menidakkan kerana ego yang menebal dalam diri.

No comments: